Wednesday, 8 May 2013

S.M.A.R.T

Assalamualaikum wbt :)

Selamat Datang. Ahlan wa Sahlan. Welcome!

direct to the point, post kali ini nak cerita tentang FORMULA KECEMERLANGAN DIRI! formula ana dpt dr Program Motivasi Pelajar Jabatan AlQuran dan Assunnah, UKM.

apa itu SMART??
SMART adalah singkatan bagi ini :

S - SEDAR
M - MAHIR
A - AKHLAK DAN DISIPLIN
R - RAJIN
T - TENANG


SEDAR -------------------------> HIDUP PERLU ADA OBJEKTIF / MAKLAMAT!

tanya diri, apa visi dan misi hidup kita ini?
apa sumbangan kita pada diri sendiri dan orang lain?

*hidup ini kita perlu letakkan sasaran. sasaran tak semestinya setinggi gunung. yang penting, sasaran itu adalah mengikut kemampuan diri kita sendiri. jangan mengikut telunjuk orang lain jika kita tahu kita tak mampu untuk mencapai sasarann yang terlalu tinggi. cukup sekadar sasaran itu meskipun tak terlalu tinggi tapi kita berjaya mencapainya dengan usaha yang bersungguh - sungguh.

apabila kita ada sasaran, kita akan belajar FOKUS terhadap sesuatu sasaran itu. FOKUS bagaimana usaha kita untuk mencapai sasaran kita.

FOKUS
-----> contohnya, sebagai seorang pelajar FOKUS adalah amat diperlukan.
-----> aktiviti memanah melatih diri kita FOKUS terhadap aim kita. kita hanya perlu target sasaran kita dan berusaha memastikan anak panah kena tepat dengan apa yang telah kita aimkan itu. saat anak panah telah dilepaskan, itulah saat kita bertawakal supaya ia kena tepat pada sasaran.
-----> dengan adanya sasaran, kita akan tahu apa yang kita perlukan.

MAHIR --------------------------------------------> MELIPUTI PELBAGAI PERKARA

mahir = kemahiran.

untuk menjalani hidup yang kita tak tahu apa akan terjadi pada seminit yang akan datang, apa jua kemahiran perlu diserap dalam diri. kemahiran ini meliputi pelagai kemahiran yang ada. sebagai contoh, sebagai pelajar, kemahiran mengulangkaji pelajaran adalah kemahiran yang seharusnya ada dalam diri pelajar.

Kemahiran Urus Masa.

tak kiralah apa pun jawatan yang kita jawatt sekarang sama ada pelajar, pekerja atau suri rumah, pengurusan masa itu kemahiran yang perlu diteliti dengan sebaiknya. ada 4 prinsip urus masa :

prinsip 1 : prinsip perlu dan kehendak
  • contoh prinsip perlu ialah kewajipan hadir ke kuliah. dan contoh prinsip kehendak ialah keluar dengan kawan ke pasar malam dan sebagainya.
prinsip 2 : prinsip penting, tak penting, segera, tak perlu segera
  • contoh prinsip penting ialah perbincangan dengan rakan kuliah berkaitan tugasan. contoh tak penting ialah keluar tanpa sebab. contoh prinsip segera ialah assignment/tugasan yang menghampiri due date. dan contoh tak perlu segera ialah tugasan yang jauh dr due date.
prinsip 3 : masa yang tetap dan masa yang terapung
  • contoh masa yang tetap ialah waktu kuliah. contoh masa yang terapung ialah sewaktu tunggu bas, dalam KTM dan sebagainya.
prinsip 4 : pembayaran hutang masa
  • contoh pembayaran hutang masa ialah kita menggantikan semula masa tetap yang telah kita isi dengan hal-hal yang lain.

Kemahiran Urus Tekanan

90% dalam kehidupan kita boleh dikawal atas usaha kita sendiri.
10% dalam kehidupan kita tidak boleh dikawal walaupun dengan usaha keras kita.

bagaimanakah cara untuk mengurus tekanan?

sebenarnya, cara bagaimana kita hendak mengurus tekanan itu bergantung kepada individu itu sendiri. tapi tak salah juga kalau kita cuba cara kat bawah ni. ;))

  1. kenalpasti punca kenapa kita boleh jadi STRESS.
  2. luahkan kepada orang yang dipercayai dan kita selesa dengannya.
  3. dapatkan rehat secukupnya. kemungkinan kita STRESS mungkin sebab tak cukup tidur. :)
  4. bertindak dalam kawalan. jangan bertindak melulu. do think before doing something dear. ;)
  5. dapatkan bantuan kalau sudah tak mampu nak menanggung bebanan tekanan. tak salah minta bantuan. malahan, ia boleh meringankan kita.
  6. beri hadiah atau ganjaran kepada diri sendiri atas apa yang telah kita lakukan. ingat, usaha kita adalah untuk kita sendiri. jadi, hadiahkanlah diri kita dengan sesuatu yang kita suka!
  7. kembalilah kepada Pencipta kita. dari Dia masalah dan tekanan ini datang dan dari Dia jugalah ketenangan itu kita akan peroleh.

AKHLAK DAN DISIPLIN --------------------------------> AMALAN TERPUJI

pelajar cemerlang, dia cemerlang bukan setakat akademik sahaja tetapi cemerlang juga pada akhlaknya. akhlak dengan Allah = HABLUMINALLAH. akhlak dengan manusia = HABLUMINANNAS. 


RAJIN -------------------------------> LAWAN MALAS!

dalam impian kita untuk berjaya, kita seharusnya tahu apa yang kita perlu lakukan, apa yang kita suka untuk lakukan dan kita percaya dengan apa yang kita lakukan.

pentingnya sifat rajin, sebab ia lawan bagi sifat malas. kalau malas, semua yang dirancang tidak akan menjadi. tapi, jika disemai dengan sifat rajin, Allahu.. susah mcmana sekalipun kita rasa untuk lakukan sesuatu perkara, rajin itu yang membantu kita untuk selesaikannya.

TENANG ---------------------------> PINTA DARI ALLAH

selain ketenangan dan kedamaian jiwa dan rohanni kita dari perkara yang tidak sepatutnya, ketenangan juga adalah supaya kita mampu mengawal keadaan. bukannya keadaan yang mengawal kita. selidiki dalam diri, carilah ketengan hati dari Ilahi terlebih dahulu. jika hati tenang dengan mengingatiNya, maka ketenangan yang sama akan kita perolehi walau apa jua dugaan yang datang melanda. 

alhamdulillah, setakat itu sahaja nota berkaitan S.M.A.R.T !

semoga bermanfaat!
semoga Allah permudahkan jalan kita menuntut ilmu!
takbirr!



Sunday, 21 April 2013

Doa sebelum/selepas mengulangkaji.

Assalamualaikum wbt.

Selamat Datang. Ahalan Wasahlan. Welcome. :))

alhamdulillah, al-ilm itu perlu dikongsikan. insyaAllah semoga bermanfaat!

nak belajar ada adab kan? dan salah satu adab dalam belajar ialah berdoa pada Allah. bukan semasa solat je kita berdoa, tapi semasa nak belajar pun ada doanya.
Allahu, mudah cara Islam ini kan? indah tersusun sahaja setiap apa yang Allah sediakan untuk kita.


dekat sini ana nak share salah satu doa yang boleh kita baca sebelum mengulangkaji pelajaran.


doa sebelum mengulangkaji/baca buku



haa.
habis ulangkaji pelajaran pun ada doanya jgak.
ini dia. ^^

doa selesai mengulangkaji/baca buku




alhamdulillah.
walaupun sekadar ana melatakkan gambar doa tersebut, ana harap antum semua dapatlah baca dan take note ya!
ana ambil doa ini dari sebuah buku di Library Uni ana.
disebabkan kesuntukan masa, ana ambil gambar doa ini sahaja. 


insyaAllah,
mudah mudahan memberi manfaat.
jadikanlah satu amalan kita semua.
kerana setiap yang kita lakukan perlukan doa kepada Allah.
dengan berdoa, ia salah satu cara untuk kita taqarrub dengan Allah yakni merasa dekat dengan Allah.

tanpa Allah yang Maha Mendengar dan memakbulkan doa kita, siapalah kita sekarang ini.

okay?
wallahu'alam.

penat dan letih?

Assalamualaikum wbt.

Selamat datang. Ahlan Wasahlan. Welcome. ;))

apabila kita banyak kerja nak dibuat, banyak pelajaran yang perlu diulangkaji, kita rasa penat dan letih?
dan akhirnya kita mengeluh dan merintih?
sehingga semua jadi serba tak kena. :)

allahu,
didik hati dengan sabar. sabar. sabar.

nak tahu 3 cara paling mudah untuk hilangkan penat?
taknak tahu? rugilah macam ni. hehe.

ilmu ini dari pensyarah ana yang mana pensyarah ana dapat dari muallimnya di Mesir dulu.

mari ana kongsikan dengan antum semua !

step pertama - bersuci dan bersugi.
  • antum bersucilah dengan sebaiknya dan selepas itu bersugilah. yakni gosoklah gigi antum yang cantik tu. 

step kedua - ambil wudhuk.
  • knapa ambil wudhuk? sebab wudhuk ini boleh bagi aura positif kat badan kita semua. iyelah, bila kita berwudhuk, kita baca niat, basuh muka, basuh tangan, mengusap sebahagian kepaka, basuh kaki dan tertib. itu baru anggota yang wajib kan? kita da boleh rasa segar dek kerana kesejukan air yang kita guna untuk ambil wudhuk tu. insyaAllah. namun, anggota / perbuatan sunnah semasa berwudhuk lebih lebih menambah kebaikan. lebih segar rasanya!

step ketiga - lakukan solat sunat.
  • masyaAllah, solat sunat 2 rakaat semoga memudahkan urusan kita yang seterusnya. di samping tenaga dapat dikumpulkan semula. 

antum semua bolehlah take note dan amalkan ya!
ana da pernah try amalkan sekali dan insyaAllah akan berterusan.

subhan Allah, atas kekuasaan Allah jua kita akan merasa nikmat kesegaran dan kecergasan semula seperti setelah rehat yang panjang.

wallahu'alam.




semoga bermanfaat !

Assalamualaikum wbt.

selamat datang. Ahlan wasahlan. welcome. ;))


blog baru dengan azam baru. insyaAllah.

mengharapkan ia bermanfaat untuk semua.
kalau tidak banyak, sedikitpun jadilah. insyaAllah.
yang baik jadikan tauladan.
yang kurang baik itu jadikan sempadan.

mudah mudahan, nukilan jari yang menari mampu memberi pengajaran di dunia.
mudah mudahan, nukilan jari yang menari mampu memberi saham di akhirat.

tiada apa yang diharapkan kita hidup di dunia melainkan Redha Allah.

hitunglah sebanyak mana nikmat yang  kau perolehi, takkan mampu kau beri / balas sama banyak dengan nikmat yang telah Allah beri.

ahlan wasahlan ilaa hazihil risalah.
lets spread the 'ilms.
lets spread the da'wah.
lets spread the positive spirits.

 

bismillahirrahmanirrahim. lillahi ta'ala.