Sunday, 21 April 2013

penat dan letih?

Assalamualaikum wbt.

Selamat datang. Ahlan Wasahlan. Welcome. ;))

apabila kita banyak kerja nak dibuat, banyak pelajaran yang perlu diulangkaji, kita rasa penat dan letih?
dan akhirnya kita mengeluh dan merintih?
sehingga semua jadi serba tak kena. :)

allahu,
didik hati dengan sabar. sabar. sabar.

nak tahu 3 cara paling mudah untuk hilangkan penat?
taknak tahu? rugilah macam ni. hehe.

ilmu ini dari pensyarah ana yang mana pensyarah ana dapat dari muallimnya di Mesir dulu.

mari ana kongsikan dengan antum semua !

step pertama - bersuci dan bersugi.
  • antum bersucilah dengan sebaiknya dan selepas itu bersugilah. yakni gosoklah gigi antum yang cantik tu. 

step kedua - ambil wudhuk.
  • knapa ambil wudhuk? sebab wudhuk ini boleh bagi aura positif kat badan kita semua. iyelah, bila kita berwudhuk, kita baca niat, basuh muka, basuh tangan, mengusap sebahagian kepaka, basuh kaki dan tertib. itu baru anggota yang wajib kan? kita da boleh rasa segar dek kerana kesejukan air yang kita guna untuk ambil wudhuk tu. insyaAllah. namun, anggota / perbuatan sunnah semasa berwudhuk lebih lebih menambah kebaikan. lebih segar rasanya!

step ketiga - lakukan solat sunat.
  • masyaAllah, solat sunat 2 rakaat semoga memudahkan urusan kita yang seterusnya. di samping tenaga dapat dikumpulkan semula. 

antum semua bolehlah take note dan amalkan ya!
ana da pernah try amalkan sekali dan insyaAllah akan berterusan.

subhan Allah, atas kekuasaan Allah jua kita akan merasa nikmat kesegaran dan kecergasan semula seperti setelah rehat yang panjang.

wallahu'alam.




No comments:

Post a Comment