Sunday, 21 April 2013

Doa sebelum/selepas mengulangkaji.

Assalamualaikum wbt.

Selamat Datang. Ahalan Wasahlan. Welcome. :))

alhamdulillah, al-ilm itu perlu dikongsikan. insyaAllah semoga bermanfaat!

nak belajar ada adab kan? dan salah satu adab dalam belajar ialah berdoa pada Allah. bukan semasa solat je kita berdoa, tapi semasa nak belajar pun ada doanya.
Allahu, mudah cara Islam ini kan? indah tersusun sahaja setiap apa yang Allah sediakan untuk kita.


dekat sini ana nak share salah satu doa yang boleh kita baca sebelum mengulangkaji pelajaran.


doa sebelum mengulangkaji/baca buku



haa.
habis ulangkaji pelajaran pun ada doanya jgak.
ini dia. ^^

doa selesai mengulangkaji/baca buku




alhamdulillah.
walaupun sekadar ana melatakkan gambar doa tersebut, ana harap antum semua dapatlah baca dan take note ya!
ana ambil doa ini dari sebuah buku di Library Uni ana.
disebabkan kesuntukan masa, ana ambil gambar doa ini sahaja. 


insyaAllah,
mudah mudahan memberi manfaat.
jadikanlah satu amalan kita semua.
kerana setiap yang kita lakukan perlukan doa kepada Allah.
dengan berdoa, ia salah satu cara untuk kita taqarrub dengan Allah yakni merasa dekat dengan Allah.

tanpa Allah yang Maha Mendengar dan memakbulkan doa kita, siapalah kita sekarang ini.

okay?
wallahu'alam.

penat dan letih?

Assalamualaikum wbt.

Selamat datang. Ahlan Wasahlan. Welcome. ;))

apabila kita banyak kerja nak dibuat, banyak pelajaran yang perlu diulangkaji, kita rasa penat dan letih?
dan akhirnya kita mengeluh dan merintih?
sehingga semua jadi serba tak kena. :)

allahu,
didik hati dengan sabar. sabar. sabar.

nak tahu 3 cara paling mudah untuk hilangkan penat?
taknak tahu? rugilah macam ni. hehe.

ilmu ini dari pensyarah ana yang mana pensyarah ana dapat dari muallimnya di Mesir dulu.

mari ana kongsikan dengan antum semua !

step pertama - bersuci dan bersugi.
  • antum bersucilah dengan sebaiknya dan selepas itu bersugilah. yakni gosoklah gigi antum yang cantik tu. 

step kedua - ambil wudhuk.
  • knapa ambil wudhuk? sebab wudhuk ini boleh bagi aura positif kat badan kita semua. iyelah, bila kita berwudhuk, kita baca niat, basuh muka, basuh tangan, mengusap sebahagian kepaka, basuh kaki dan tertib. itu baru anggota yang wajib kan? kita da boleh rasa segar dek kerana kesejukan air yang kita guna untuk ambil wudhuk tu. insyaAllah. namun, anggota / perbuatan sunnah semasa berwudhuk lebih lebih menambah kebaikan. lebih segar rasanya!

step ketiga - lakukan solat sunat.
  • masyaAllah, solat sunat 2 rakaat semoga memudahkan urusan kita yang seterusnya. di samping tenaga dapat dikumpulkan semula. 

antum semua bolehlah take note dan amalkan ya!
ana da pernah try amalkan sekali dan insyaAllah akan berterusan.

subhan Allah, atas kekuasaan Allah jua kita akan merasa nikmat kesegaran dan kecergasan semula seperti setelah rehat yang panjang.

wallahu'alam.




semoga bermanfaat !

Assalamualaikum wbt.

selamat datang. Ahlan wasahlan. welcome. ;))


blog baru dengan azam baru. insyaAllah.

mengharapkan ia bermanfaat untuk semua.
kalau tidak banyak, sedikitpun jadilah. insyaAllah.
yang baik jadikan tauladan.
yang kurang baik itu jadikan sempadan.

mudah mudahan, nukilan jari yang menari mampu memberi pengajaran di dunia.
mudah mudahan, nukilan jari yang menari mampu memberi saham di akhirat.

tiada apa yang diharapkan kita hidup di dunia melainkan Redha Allah.

hitunglah sebanyak mana nikmat yang  kau perolehi, takkan mampu kau beri / balas sama banyak dengan nikmat yang telah Allah beri.

ahlan wasahlan ilaa hazihil risalah.
lets spread the 'ilms.
lets spread the da'wah.
lets spread the positive spirits.

 

bismillahirrahmanirrahim. lillahi ta'ala.