مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ عَنِ الحَسَنِ, أَنَّ عُبَيْدَاللهِ
اِبْنَ زِيَادٍ عَادَ مَعْقِلَ بْنَ يَسَارٍ فِي مَارَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيْهِ,
فَقَالَ لَهُ مَعْقِلٌ : إِنِّي مُحَدِّثُكَ حَادِثًا سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُوْلِ
اللهِ، سَمِعْتُ النَّبِيَّ، يَقُولُ : مَا مِنْ عَبْدٍ اسْتَرْعَاهُ اللهُ
رَعِيَةً فَلَمْ يَحُطْهَا بِنَصِيْحَةٍ إِلاَّ لَمْ يَجِدْ رَائِحَةَ الجَنَّةِ
(أخرجه البخري في : ٣٩ كتاب الأحكام :٨ باب من استرعى رعية فلم
ينصح رقيق(
Terjemahan:
Ma’qil bin Yasar, dari Al-Hasan, sesungguhnya Ubaidillah bin
Ziyad menjenguk Ma’qil bin Yasar ketika dia sakit sebelum dia meninggal. Maka
Ma’qil berkata kepada Ubaidillah bin Ziyad: Aku akan menyampaikan kepadamu
sebuah hadis yang telah aku dengar dari Rasulullah. Aku telah mendengar baginda bersabda: “Tiada seorang hamba yang diberi
amanah rakyat oleh Allah lalu ia tidak memeliharanya dengan baik, melainkan
hamba itu tidak akan mencium bau syurga.”
Syarah Hadith
Ibnu Bathal berkata, “ini adalah ancaman keras terhadap para
pemimpin zalim yang mensia-siakan amanah yang dititipkan Allah kepada mereka,
atau mengkhianati rakyat, atau menzalimi mereka, sehingga dia dituntut kerana
menzalimi para hamba pada hari kiamat. Bagaimana dia mampu berlepas diri dari
kezaliman umat yang demikian banyak.
Firman Allah dalam surah Al-Qashash ayat 8;
فَالْتَقَطَهُ آلُ فِرْعَوْنَ لِيَكُونَ لَهُمْ عَدُوّاً
وَحَزَناً إِنَّ فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا كَانُوا خَاطِئِينَ
Maksud: “Maka dipungutlah ia oleh keluarga Fir`aun yang akibatnya
dia menjadi musuh dan kesedihan bagi mereka. Sesungguhnya Fir`aun dan Haman
beserta tentaranya adalah orang-orang yang bersalah.”
Maksudnya, Allah hanya memberikan kekuasaan kepadanya atas
hamba-hamba-Nya agar senantiasa berlaku lurus terhadap mereka hingga meninggal
dalam keadaan demikian. Tetapi ketika dia membalikkan urusan maka dia patut
diberi hukuman.
Pengajaran
hadis :
1)
Kejujuran adalah perkara yang paling asas dalam sebuah
kepemimpinan.
2)
Bila pemimpinnya jujur namun staf-stafnya tidak jujur, maka
kepemimpinan itu juga akan rosak. Begitu juga sebaliknya.
3)
Seorang pemimpin haruslah memberi contoh yang baik kepada
mereka yang dipimpinnya.
4)
Menunjukkan betapa murkanya Allah terhadap pemimpin yang
tidak jujur dan suka menipu rakyat.
Rujukan
[Al-bukhari
meletakkan hadis ini di: 93 Kitab Hukum: 8. Bab orang yang diberi amanah lalu
tidak memeliharanya. Hadis no 7150] (اللؤلؤ والمرجان:١٢٠٠)
No comments:
Post a Comment