Showing posts with label pertanian. Show all posts
Showing posts with label pertanian. Show all posts

Wednesday, 29 April 2015

Hadith tentang Pertanian: Keutamaan Menabur Benih dan Menanam, Jika Hasilnya untuk Dimakan.

Assalamualaikum wbt.











(QS. Al-Waqiaah: 63-65)
صحيح البخاري - كِتَاب الْمُزَارَعَةِ - بَاب فَضْلِ الزَّرْعِ وَالْغَرْسِ إِذَا أُكِلَ مِنْهُ

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ ح وَحَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ الْمُبَارَكِ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا أَوْ يَزْرَعُ زَرْعًا فَيَأْكُلُ مِنْهُ طَيْرٌ أَوْ إِنْسَانٌ أَوْ بَهِيمَةٌ إِلَّا كَانَ لَهُ بِهِ صَدَقَةٌ وَقَالَ لَنَا مُسْلِمٌ حَدَّثَنَا أَبَانُ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ حَدَّثَنَا أَنَسٌ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksud: 2320. Qutaibah bin Sa’id menyampaikan kepada kami dari Abu Awanah, dalam sanad lain, Abdurrahman bin al-Mubarak menyampaikan dari Abu Awanah, dari Qatadah, dari Anas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seorang Muslim yang menanam atau menabur benih, kemudian ada burung, orang atau haiwan yang memakan hasil tanamannya, maka dia akan mendapatkan pahala sedekah.”
Muslim berkata, “Aban menyampaikan kepada kami dari Qatadah, dari Anas, dari Nabi s.a.w.

Syarah Hadis – Syarah Fathul Baari ms210-215
Bab keutamaan bertani dan menanam tanaman apabila dimakan sebahagiannya dan firman Allah “Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu tanam..”.
Ayat di atas menunjukkan bolehnya bertani. Hal ini kerana Allah menyebutkannya satu anugerah.
Ibnu Al-Manayyar berkata, “Imam Bukhari mengisyaratkan tentang bolehnya menanam tumbuhan. Walau bagaimanapun larangan tentangnya, seperti yang dinukil dari Umar, adalah khusus apabila pekerjaan itu telah menyibukkan orang dari berperang dan urusan yang harus dikerjakan.
Hadis ini menerangkan tentang keutamaan bercucuk tanam dan bekerjasama dalam bidang pertanian, serta anjuran untuk mengolah tanah. Dari sini disimpulkan tentang bolehnya memiliki tanah dan mengelolanya. Hadis ini juga menerangkan tentang kekeliruan perkataan sebahagian orang yang berperilaku zuhud, yang mengingkari pekerjaan tersebut. Terdapat juga riwayat-riwayat yang melarang bercucuk tanam difahami apabila hal itu dilakukan secara berlebihan sehingga dapat melalaikan urusan agama.
Al-Qurtubi berkata, hadis tentang larangan menjadikan ladang sehingga cinta akan dunia bermaksud berlebihan dan menyibukkan diri sehingga melalaikan urusan agama. Bagaimanapun, ianya juga dapat difahami bekerja di ladang hanya sekadar untuk menghidupkan diri atau memberi manfaat bagi kaum muslimin dan demi meraih pahalanya.
Pahala perbuatan itu berlangsung selama hasil tanaman yang ditanam itu masih dimakan, meskipun orang yang menanamnya telah meninggal dunia atau pemilikannya telah berpindah tangan kepada orang lain. Makna zahir hadis tersebut menyatakan bahawa pahala akan diperoleh oleh orang yang menanam, meskipun tanaman itu milik orang lain sebab Nabi s.a.w. bertanya kepada Ummu Mubasyir tentang siapa yang menanamnya.

Pengajaran Hadis.
1.      Menurut hadis di atas, ternyata Allah menganjurkan manusia untuk melakukan pertanian kerana dengan pertanian juga dapat menjana pahala sebagai bekalan di hari akhirat kelak.
2.      Setiap hasil tanaman yang dimakan oleh haiwan dikira sebagai sedekah sebagaimana juga hasil tanaman yang diberikan kepada orang lain tanpa meminta wang ringgit.
3.      Amalan sedekah hendaklah dilakukan tanpa berkira dengan harta yang dimilki kerana setiap harta yang dimiliki merupakan rezeki dari Allah dan sedekah juga akan menjadi amal jariah kepada manusia.

RUJUKAN
Al-Asqalani, Ibnu Hajar. 2006. Fathul Bari Penjelasan Kitab Sahih Al Bukhari.
            Penterjemah : Amiruddin. Cet. 1. Jil. 13. Hlm. 210 – 215.

Sunday, 12 April 2015

Hadith tentang Musaqah: Bab Pendapat Bahawa Pemilik Air Lebih Berhak Meminum Air Miliknya Sehingga Hilang Dahaganya, Berdasarkan Sabda Nabi s.a.w., “Penggunaan sisa air tidak boleh dilarang.”

Assalamualaikum wbt.









1
صحيح البخاري - كِتَاب الشُّرْبِ والْمُسَاقَاةِ - بَاب مَنْ قَالَ إِنَّ صَاحِبَ الْمَاءِ أَحَقُّ بِالْمَاءِ حَتَّى يَرْوَى

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُمْنَعُ فَضْلُ الْمَاءِ لِيُمْنَعَ بِهِ الْكَلَأُ

Maksud: 2353. Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami dari Malik, dari Abu az-Zinad, dari al-A’raj, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak boleh melarang (orang lain) menggunakan sisa air (yang telah digunakan) kerana itu menyebabkan orang lain tidak boleh memberi makan rumput ternaknya.”

صحيح البخاري - كِتَاب الشُّرْبِ والْمُسَاقَاةِ - لا يمنع فضل الماء ليمنع به الكلأ

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ وَأَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَمْنَعُوا فَضْلَ الْمَاءِ لِتَمْنَعُوا بِهِ فَضْلَ الْكَلَإِ

Maksud: 2354. Yahya bin Bukair menyampaikan kepada kami dari al-Laits, dari Uqail, dari Ibnu Syihab, dari Ibnu al-Musayyib dan Abu Salamah, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Janganlah kalian melarang (orang lain) menggunakan sisa air (yang telah kalian gunakan) kerana itu menyebabkan orang lain tidak boleh memberi makan rumput ternaknya.”

Syarah Hadis – Syarah Fathul Baari ms 296-299
Ibnu Bathal berkata, “Ulama tidak berbeza pendapat bahawa pemilik air lebih berhak hingga dia memenuhi keperluannya,”
Menurut majoriti ulama yang dimaksudkan dengan air telaga yang berada di kawasan tanah milik seseorang. Termasuk dengan telaga yang dibuat di kawasan yang bukan milik seseorang jika maksud perbuatan itu untuk kepentingan peribadi.
Pendapat sahih dalam mazhab Syafi’e oleh Imam as-Syafi’e bahawa orang yang membuat telaga berhak atas airnya. Sedangkan telaga yang dibuat di kawasan tanah tanpa pemilik bukan dengan maksud untuk menyantuni orang dan bukan utnuk dimiliki, maka orang yang membuatnya tidak berhak atas air telaga itu tetapi dia berhak selama belum berpindah dari tempat tersebut. Namun pada hadis kedua, dia wajib memberikan air yang melebihi keperluannya. Yang dimaksudkan dengan keperluan di sini ialah keperluan untuk dirinya, keluarganya, tanaman dan haiwan miliknya.
Para ulama mazhab Maliki mengkhususkan hukum ini untuk telaga di kawasan tanah tanpa pemilik. Mereka berkata tentang telaga dalam pemilikan seseorang, “Dia wajib memberikan air yang melebihi keperluannya.” Manakala air yang terdapat dalam bekas, maka apa yang tersisa dari keperluannya tidak wajib diberikan kepada orang yang sangat tidak memerlukannya.
Makna zahir hadis ini juga mewajibkan memberi air secara percuma dan ini adalah pendapat jumhur ulama. Namun pendapat lain mengatakan bahawa pemilik air boleh menuntut harganya dari orang diperlukan sepertimana memberi makan orang yang sedang kelaparan. Tetapi pendapat ini dikritik kerana perbincangan dibolehkan seseorang untuk tidak memberikan air apabila orang yang memerlukannya tidak mahu membayar.
Ibnu Habib dari mazhab Maliki mengemukakan dalil bahawa apabila telaga itu milik dua orang, lalu salah seorangnya merasa tidak memerlukan air, maka yang lain boleh memanfaatkannya. Hal ini kerana itu termasuk air yang lebih dari keperluan saudaranya. 

Pengajaran Hadis.
1.      Pendapat jumhur ulama mengatakan bahawa memberikan air secara percuma adalah wajib berdasarkan makna zahir hadis ini. Hal ini kerana ianya merupakan suatu keperluan kepada manusia. Sekiranya diminta bayaran daripada manusia yang menggunakan air tersebut, maka apabila haiwan meminum sedikit air tersebut, adakah kita meminta bayaran daripada haiwan tersebut.
2.      Setiap apa yang manusia miliki semuanya merupakan kepunyaan Allah dan padanya juga terdapat hak-hak orang lain yang perlu ditunaikan.
3.      Apabila terdapat manusia lain yang memerlukan air di saat kita telah mendapatkan air secukupnya, maka hendaklah kita memberikannya tanpa berkira sedikit pun.

RUJUKAN
Al-Asqalani, Ibnu Hajar. 2006. Fathul Bari Penjelasan Kitab Sahih Al Bukhari.
            Penterjemah : Amiruddin. Cet. 1. Jil. 13. Hlm. 296-299.

Wednesday, 25 March 2015

Hadith tentang Pertanian - Muzara'ah. Bab Mengelola Tanah Kosong

Assalamualaikum wbt.








1.
صحيح البخاري - كِتَاب الْمُزَارَعَةِ - بَاب مَنْ أَحْيَا أَرْضًا مَوَاتًا

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي جَعْفَرٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ أَعْمَرَ أَرْضًا لَيْسَتْ لِأَحَدٍ فَهُوَ أَحَقُّ قَالَ عُرْوَةُ قَضَى بِهِ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فِي خِلَافَتِهِ

Maksud: 2335. Yahya bin Bukair menyampaikan kepada kami dari al-Laits, dari Abdullah bin Abu Ja’far, dari Muhammad bin Abdurrahman, dari Urwah, dari Aisyah bahawa Nabi s.a.w. bersabda, “Siapa yang mendiami tanah tidak bertuan, dia lebih berhak memilikinya.

Syarah Hadis – Syarah Fathul Baari ms 257-261
Urwah berkata, “Umar melaksanakan ketetapan hukum ini pada masa kekhalifahannya.”
Al-Qazzaz berkata, “Yang dimaksudkan dengan tanah mati adalah tahan yang belum dikelola. Pengelolaan tanah itu disamakan dengan kehidupan dan membiarkannya disamakan dengan kematian. Maksud menghidupkan tanah yang mati adalah mendatangi tanah yang tidak diketahui pernah dimiliki oleh seseorang, lalu mengelolanya dan menanaminya serta mendirikan bangunan di atasnya. Dengan demikian, tanah itu menjadi miliknya, sama ada lokasinya dekat atau jauh dari tempat tinggal, diizinkan oleh imam atau tidak.” Ini merupakan pendapat majoriti ulama.
Abu Hanifah berkata, “Harus mendapat izin dari imam secara mutlak.” Manakala Imam Malik berkata bahawa pemberian izin dari imam itu khusus pada tanah yang berdekatan dengan tempat tinggal.
Walau bagaimanapun, yang dikategorikan sebagai dekat ialah jika tempat tersebut masih diperlukan oleh orang-orang yang tinggal di sekitarnya seperti tempat untuk mengembala haiwan ternak atau sebagainya.
At-Thahawi berhujah untuk menyokong pendapat jumhur ulama dengan hadis di atas melalui metod qiyas dengan air laut dan sungai serta burung atau haiwan yang ditangkap, di mana para ulama sepakat bahawa siapa yang mengambilnya atau menangkapnya, maka dia berhak memilikinya, baik lokasinya dekat atau jauh, diberi izin imam atau tidak.

Pengajaran Hadis:
1.      Menghidupkan atau mengusahakan tanah mati adalah dianjurkan kerana ianya dapat memberi manfaat dan kebaikan kepada manusia, haiwan dan seisi alam.
2.      Berdasarkan hadis ini, majoriti pendapat ulama sepakat mengatakan individu yang mengusahakan tanah mati sehingga mendirikan bangunan di atas tanah tersebut adalah pemilik tanah secara mutlak sama ada dekat atau jauh.
3.      Namun begitu, dalam keadaan moden inivuntuk mengusahakan tanah yang telah lama ditinggalkan tanpa diketahui siapa pemilik tanah tersebut hendaklah meminta penjelasan dan keizinan daripada pihak berkenaan dahulu. Hal ini kerana hak milik tanah terikat dengan akta perundangan.

RUJUKAN
Al-Asqalani, Ibnu Hajar. 2006. Fathul Bari Penjelasan Kitab Sahih Al Bukhari.
            Penterjemah : Amiruddin. Cet. 1. Jil. 13. Hlm. 257-261.

Sunday, 8 March 2015

Hadith tentang Musaqah: Keutamaan Memberi Minum

Assalamualaikum wbt.










صحيح البخاري - كِتَاب الشُّرْبِ والْمُسَاقَاةِ - بَاب فَضْلِ سَقْيِ الْمَاءِ

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ سُمَيٍّ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَا رَجُلٌ يَمْشِي فَاشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ فَنَزَلَ بِئْرًا فَشَرِبَ مِنْهَا ثُمَّ خَرَجَ فَإِذَا هُوَ بِكَلْبٍ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنْ الْعَطَشِ فَقَالَ لَقَدْ بَلَغَ هَذَا مِثْلُ الَّذِي بَلَغَ بِي فَمَلَأَ خُفَّهُ ثُمَّ أَمْسَكَهُ بِفِيهِ ثُمَّ رَقِيَ فَسَقَى الْكَلْبَ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ لَنَا فِي الْبَهَائِمِ أَجْرًا قَالَ فِي كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ تَابَعَهُ حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ وَالرَّبِيعُ بْنُ مُسْلِمٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ زِيَاد

Maksud: Abdullah binYusuf menyampaikan kepada kami dari Malik yang mengkhabarkan dari Sumay, dari Abu Soleh, dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Ada seorang lelaki sedang berjalan, kemudian dia merasa sangat kehausan. Lelaki itu pun turun ke dalam sumur dan meminum airnya. Ketika keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulur-julurkan lidahnya dan memakan debu kerana sangat kehausan. Dia berkata, ‘Anjing ini merasa sangat kehausan sebagaimana yang aku rasakan.’ (Lalu dia turun ke dalam sumur), kemudian memenuhi kasutnya dengan air. Sambil menggigit kasutnya, dia memanjat naik, kemudian memberi minum anjing tersebut. Allah berterima kasih atas perbuatannya dan mengampuni dosa-dosanya.” Orang-orang bertanya, “Wahai Rasulullah! Adakah pahala bagi kami, jika kami menolong binatang?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ya, menolong setiap makhluk yang bernyawa itu berpahala.”
Hammad bin Salamah dan ar-Ruba’i bin Muslaim meriwayatkan hadis yang sama dari Muhammad bin Ziyad.

Syarah Hadis – Syarah Fathul Baari ms 324-329
Keutamaan memberi air minum iaitu kepada setiap yang memerlukannya.
Al-Qurtubi berkata, “Maksud ‘Allah  bersyukur kepadanya’, iaitu Dia memperlihatkan ganjaran yang diberikan-Nya di hadapan para malaikat.
Ad-Dawudi berkata, “Maksudnya pada setiap hati yang hidup (bernyawa) terdapat pahala, dan ini bersifat umum mencakupi seluruh haiwan.”
Menurut An-Nawawi, “Sesungguhnya umum hadis tersebut dibatasi pada haiwan yang tidak diperintahkan untuk dibunuh. Jenis haiwan inilah yang mendapat pahala kerana memberinya minum. Dalam hai ini termasuk memberi makan dan hak-hal lain yang termasuk dalam kategori berbuat baik kepada haiwan.”
Ibnu At-Tin berkata,  “Tidak ada larangan untuk memahami hadis terebut sesuai dengan keumummannya, iaitu diberi minum lalu dibunuh kerana kita diperintah untuk membunuh dengan cara yang baik.”
Hadis ini dijadikan dalil bahawa air sisa minum anjing adalah suci.bagaimanapun perbahasan selanjutnya menganai perkara ini pada perbahasan tentang taharah.

Pengajaran Hadis.
1.      Bolehnya melakukan perjalanan jauh sendirian tanpa membawa bekal. Dalam syariat kita, hal ini berlaku apabila tidak dikhuawatirkan akan ada bahaya yang mengancam.
2.      Anjuran untuk berbuat baik kepada manusia kerana apabila ampunan diperoleh dengan sebab memberi minum anjing maka pahala memberi minum seorang Muslim adalah lebih besar ganjarannya.
3.      Hadis ini menjadi dalil tentang bolehnya bersedekah sunah kepada orang-orang musyrik. Namun hal itu didahulukan kepada orang muslim kerana orang muslim lebih berhak untuk menerima kebaikan. Demikian pula diharuskan memilih antara berbuat baik kepada haiwan atau manusia yang memiliki kehormatan dan keperluan, maka yang lebih berhak didahulukan ialah manusia.

RUJUKAN
Al-Asqalani, Ibnu Hajar. 2006. Fathul Bari Penjelasan Kitab Sahih Al Bukhari.
            Penterjemah : Amiruddin. Cet. 1. Jil. 13. Hlm. 324-329.