Sunday, 5 April 2015

Hadith tentang Kepimpinan



Assalamualaikum wbt



7178حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ: حَدَّثَنَا عَاصِمُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ زَيْدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ أَبِيهِ: قَالَ أُنَاسٌ لِابْنِ عُمَرَ: إِنَّا نَدْخُلُ عَلَى سُلْطَانِنَا فَنَقُولُ لَهُمْ بخِلَافَ مَا نَتَكَلَّمُ إِذَا خَرَجْنَا مِنْ عِنْدِهِمْ، قَالَ: كُنَّا نَعُدُّهَا نِفَاقًا.


)صحيح البخاري ، كِتَاب الْأَحْكَامِ ، بَاب مَا يُكْرَهُ مِنْ ثَنَاءِ السُّلْطَانِ وَإِذَا خَرَجَ قَالَ غَيْرَ ذَلِكَ(

الراوي : محمد بن زيد بن عبدالله بن عمر المحدث : البخاري

المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: 7178 خلاصة حكم المحدث : صحيح

Maksud: Abu Nu’aim menyampaikan kepada kami dari Ashim bin Muhammad bin Zaid bin Abdullah bin Umar bahawa ayahnya berkata, “Orang-orang bertanya kepada Ibnu Umar, ‘Ketika kami berada di hadapan penguasa, kami mengatakan perkara yang berbeza dari yang kami bicarakan ketika keluar dari hadapannya.’ Ibnu Umar berkata, ‘Kami menganggap perkataan seperti itu sebagai bentuk kemunafikan.’”

Syarah Hadith
Penisbatan kata pujian kepada penguasa adalah penisbatan kepada objek. Maksudnya, pujian terhadap penguasa di hadapannya. Hal ini difahami dari perkataan yang lain, ‘Dan ketika keluar – yakni dari sisi penguasa – mengatakan hal yang berbeza.’ Dalam Ibnu Baththal disebutkan dengan redaksi, “Pujian terhadap penguasa.” 

            Dalam kitab Musnad Mussadad dari Yazid bin Abi Ziyad, dari Mujahid disebutkan, sesungguhnya seorang lelaki dating menemui Ibnu Umar, maka kami berkata kepadanya, ‘Bagaimana sikap kamu terhadap Abu Unais Adh-Dhahhak bin Qais?’ Kami berkata, ‘Jika kami bertemu dengannya maka kami katakana kepadanya apa yang disukainya. Apabila kami pergi darinya kami katakana selain itu.’ Dia berkata, ‘Itu dahulu kami dan Rasulullah s.a.w. menganggapnya sebahagian daripada kemunafikan.’” Sementara di dalam kitab Al-Ausath karya at-Thabrani disebutkan melalui Asy-Syaibani – yakni Abu Ishaq – dan Sulaiman bin Fairuz Al-Kufi.

            كُنَّا نَعُدُّهَا (Kami dahulu menganggapnya). Sementara dalam riwayatnya yang diriwayatkan melalui Al-Kasymihani disebutkan, نَعُدُّ هَذا (Kami menganggap ini). Riwayat selain Abu Dzar sama seperti ini disertai tambahan, نفاقا (Sebagai kemunafikan). Ibnu Baththal mengambil dengan kata, ذلك (itu) sebagai ganti هذا (Ini). Redaksi serupa juga dinukil dalam riwayat Yazid bin Harun, dari Ashim bin Muhammad, hanya saja di sini disebutkan, من النفاق (Dari kemunafikan), lalu diberi tambahan, ‘Ashim berkata: Saudaraku – yakni Umar – mendengarku menceritakan hadith ini, dia berkata: Bapaku berkata, “Ibnu Umar berkata, ‘Pada masa Rasulullah s.a.w.’” Demikian juga redaksi yang diriwayatkan oleh At-Thayalisi dalam kitab al-Musnad dari Ashim bin Muhammad hingga kata, نفاقا .

            Ashim berkata, “Saudaraku menceritakan kepadaku, dari bapaku, bahawa Umar berkata, ‘Kami dahulu menganggapnya sebagai kemunafikan di masa Rasulullah s.a.w.’” Dalam kitab Al-Athraf karya Al-Mizzi disebutkan, “Diriwayatkan oleh ‘خ’ dalam kitab Al-Ahkam, dari Abu Nu’aim, dari Ashim bin Muhammad bin Zaid, dari bapanya dengan redaksi yang sama seperti itu.” Dia berkata pula, “Diriwayatkan juga oleh Mu’adz bin Mu’adz, dari Ashim, dan pada bahagian akhirnya disebutkan, ‘Aku menceritakannya kepada saudaraku Umar, maka dia berkata, sungguh bapamu biasa menambahkan padanya, pada masa Rasulullah s.a.w., dan dari perkataannya.’” Lalu Mu’adz berkata hingga akhirnya, “Ini tidak disebutkan oleh Abu Mas’ud.” Kemungkinan dia menukil dari kitab-kitab belakangan, dan saya belum melihatnya pada satu pun di antara riwayat-riwayat  yang sampai kepada kami dari Al-Farabri, dan tidak pula dari selainnya, dari Imam Bukhari.

           Ibnu Baththal menyimpulkan, ketika keadaan mencelanya, maksudnya untuk memperkenalkan keadaannya, dan ketika disambut dengan ramah bertujuan untuk melunakkan hatinya, atau menghindar dari keburukannya. Tidaklah beliau maksudkan dari kedua keadaan itu selain manfaat bagi kaum muslimin. Hal itu diperkuat oleh tindakan beliau menyebutkan sifat orang itu – ketika bertemu – bahawa dia seorang yang utama dan soleh.”

            Pembicaraan tentang hadith ini sudah disebutkan juga dalam bab “Nabi Muhammad bukan seorang yang berkata keji” pada pembahasan tentang adab. Pada pembahasan ini juga diulas tentang ghibah yang diperbolehkan (Ibnu Hajar al-Asqalani. 2002: 588-591).

Pengajaran Hadith
1.      Hadith ini membicarakan tentang rakyat atau menteri yang suka memuji di hadapan pemimpin tetapi di belakangnya mengutuk dan mengeji pemimpin tersebut.
2.      Hal ini merupakan sifat yang munafik dalam diri seseorang.
3.      Kita seharusnya berkata perkara yang benar tidak kira di hadapan atau di belakang pemimpin,
4.      Tidak semata-mata memuji untuk mendapat sesuatu daripada pemimpin tetapi memuji berdasarkan apa yang sewajarnya seorang pemimpin itu dapat.

Rujukan.
Ibnu Hajar al-Asqalani. 2002. Fathul Bari Penjelasan Kitab: Shahih al-Bukhari. Terj.         Amiruddin. Jil. 35. Jakarta : Pustaka Azzam.

No comments:

Post a Comment