Showing posts with label haram. Show all posts
Showing posts with label haram. Show all posts

Sunday, 3 May 2015

Hadith tentang Orang Yang Tidak Peduli Dari Mana Ia Mendapatkan Harta




 Assalamualaikum wbt.



صحيح البخاري - كِتَاب الْبُيُوعِ - بَاب مَنْ لَمْ يُبَالِ مِنْ حَيْثُ كَسَبَ الْمَالَ

حَدَّثَنَا آدَمُ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ حَدَّثَنَا سَعِيدٌ الْمَقْبُرِيُّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ  عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَأْتِي عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ لَا يُبَالِي الْمَرْءُ مَا أَخَذَ مِنْهُ أَمِنَ الْحَلَالِ أَمْ مِنْ الْحَرَامِ

Maksudnya: adam menyampaikan kepada kami dari Ibn Abu Dzi’b, dari Sa’id al-Maqburi, dari Abu Hurairah bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Suatu saat nanti akan datang seseorang yang tidak peduli lagi adakah yang diperolehnya halal atau haram”

Keterangan Hadith


Bab ini membicarakan tentang celaan bagi orang yang tidak cakna dalam mencari harta.

            يَأْتِي عَلى النَّاسِ زَمَانٌ (akan datang pada manusia satu masa). Dalam riwayat Ahmad dari Yazid, dari Ibnu Abi Dzi’b disebutkan لِيَأْتِيَنَّ عَلَى النَّاسِ زَمَانٌ  (sungguh akan datang kepada manusia satu masa).

                 Dalam riwayat an-Nasa’i melalui jalur lain disebutkan يَأْتِي عَلَى زَمَانٍ مَا يُبَالِى الرَّجُلُ مِنْ أَيْنَ أَصَابَ  اَلْمَالَ مِنْ حَلٌّ أَوْ حَرَامٍ (suatu masa dimana seseorang tidak lagi peduli dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau yang haram).


Riwayat ini dinukilkan oleh an-Nasa’i melalui jalur Muhammad bin Abdurrahnman dari asy-Sya’bi dari Abu Hurairah. Dalam kitab Al-Athraaf, al-Mizzi melakukan kekeliruan dimana ia mengira bahawa Muhammad bin Abdurrahman adalah Ibnu Abi Dzi’b.oleh kerana itu, ia menyebut riwayat an-Nasa’i bersama periwayatan jalur Imam Bukhari ini dari Ibnu Abi Dzi’b padahal sebenarnya tidak seperti yang diduga, kerana sesungguhnya saya tidak menemukan keterangan demikian pada semua naskah yang sempat saya teliti dari an-Nasa’i kecuali dari asy-Sya’bi dari Sa’id.

             
Muhammad bin Abdurrahman, saya kira adalah Ibnu Abi Dzi’b kerana saya tidak mengetahu jika Ibnu Abi Dzi’b pernah menukil riwayat dari asy-Sya’bi.

           
Ibnu At-Tin berkata: “Nabi s.a.w. mengkhabarkan hal ini sebagai peringatan tentang fitnah (ujian) harta, dan ini termasuk sebahagian tanda kenabian, dimana baginda mengkhabarkan sesuatu yang tidak terjadi pada masanya”.

           
Sebab adanya celaan tersebut iaitu menyamakan antara cara yang halal dan yang haram. Namun, apabila tidak demikian, maka mencari harta melalui cara yang halal bukan termasuk perkara yang tercela.

Pengajaran Hadith

1. Seseorang hendaklah peka dengan sumber rezeki yang diperolehi supaya tidak terjerumus dalam pekerjaan yang haram.

2. Sumber yang halal dapat melahirkan sesebuah institusi keluarga yang berakhlak baik.

Rujukan:
Ibnu Hajar al-Asqalani. 2002. Fathul Bari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari. Penterjemah: Gazirah Abdi Ummah. Cetakan Pertama. Jilid 12. Jakarta: Pustaka Azzam. Hlm 32-33.

Sunday, 29 March 2015

Hadith tentang Ekonomi - Bab Mempermudahkan Urusan Jual Beli, Sesiapa Menuntut Hak Hendaklah Dia Menuntut Dengan Cara Yang Baik



Assalamualaikum wbt.





بَاب السُّهُولَةِ وَالسَّمَاحَةِ فِي الشِّرَاءِ وَالْبَيْعِ وَمَنْ طَلَبَ حَقًّا فَلْيَطْلُبْهُ فِي عَفَافٍ

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَيَّاشٍ حَدَّثَنَا أَبُو غَسَّانَ مُحَمَّدُ بْنُ مُطَرِّفٍ قَالَ حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ الْمُنْكَدِرِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا  أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رَحِمَ اللَّهُ رَجُلًا سَمْحًا إِذَا بَاعَ وَإِذَا اشْتَرَى وَإِذَا اقْتَضَى
Maksudnya: Ali bin Ayyasy menyampaikan kepada kami dari Abu Ghassan, dari Muhammad al-Munkadir yang menyampaikan kepadaku dari Jabir bin Abdullah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Semoga Allah merahmati orang yang suka mempermudahkan urusan ketika membeli, menjual dan menagih haknya”.

Keterangan Hadith

(sesiapa menuntut hak hendaklah dia menuntut dengan cara yang baik) Maksudnya, dari apa yang tidak dihalalkan. Frasa ini adalah merupakan isyarat dari Imam Bukhari terhadap riwayat yang diambil oleh Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dari hadits Nafi’ dari Umar dan Aisya’, dari Nabi s.a.w. مَنْ طَلَبَ حَقًّا فَلْيَطْلُبْهُ فِي عَفَافٍ وَافٍ أَوْ غَيْرَ وَافٍ    (Sesiapa yang menuntut suatu hak hendaklah ia menuntutnya lalu menjaga kehormatan diri, samada dipenuhi atau tidak dipenuhi).

رَحِمَ اللهُ رَجُلًا   (Allah mengasihi seseorang). Ada kemungkinan kalimah ini sebagai doa dan mungkin juga sebagai kalimah berita. Kemungkinan pertama dipilih oelh Ibnu Hubaib al-Maliki dan Ibnu Bathal, serta didukung oleh ad-Dawudi. Kemungkinan kedua disokong oleh riwayat yang diambil oleh Imam Tirmizi melalui jalur Zaid bin Atha’ bin as-Sa’ib dari Ibnu al-Munkadir berhubung dengan hadith غَفَرَ الله لِرَجُلٍ كَانَ قَبْلَكُمْ كَانَ سَهْلاً إِذَا بَاعَ (Allah telah mengampuni seorang lelaki sebelum yang mudah apabila menjual). Hal ini memberi tanggapan bahawa yang dimaksudkan Nabi s.a.w. pada hadith di bab ini adalah khusus bagi seorang lelaki.

Al-Karmani berkata.”Secara zahir kalimah tersebut adalah kalimah berita tetapi konteks kalimah yang menunjukkan ‘masa yang akan datang’ sebagaimana disimpulkan dari kata idza (apabila) menempatkannya sebagai doa. Maka, maknanya adalah ‘semoga Allah merahmati seseorang yang keadaannya demikian’. Pandangan itu berlaku secara umum.

وَإِذَا اقْتَضَى (apabila menagih) iaitu, meminta untuk melunasi hutangnya dengan cara yang ramah dan tidak memaksa.

Dalam riwayat yang dinukil oleh Ibnu at-Tin disebutkan وَإِذَا قَضَى( dan apabila melunasi) iaitu melunasi hutangnya dengan cara yang ramah tapi bertangguh. Kemudian dalam riwayat Imam at-Tirmizi dan al-Hakim dari hadith Abu Hurairah dari Nabi s.a.w. disebutkan  إِنَّ الله يُحِبُّ سَمْحَ الْبَيْعِ  سَمْحَ الشِّرَاءِ سَمْحَ الْقَضَاءِ(Sesungguhnya Allah menyukai sikap murah hati ketika membeli, murah hati ketika menjual dan murah hati ketika melunaskan hutang).

Imam an-Nasa’i meriwayatkan dari hadith Utsman yang dinisbatkan kepada Nabi s.a.w  أَدْخَلَ  اللُه الْجَنَّةَ رَجُلاً كَانَ سَحْلاً مُشْتَرِيًا وَبَائِعًا وَقَاضِيًا وَمُقْتَضِيًا(Allah masukkan ke dalam syurga orang yang mudah ketika membeli, menjual, melunasi dan menagih).

Dalam riwayat Imam Ahmad dari hadith Abdullah bin Amr disebutkan dengan ayat yang sama seperti itu.

Dalam hadis ini terdapat anjuran untuk bersifat terbuka dan murah hati dalam kehidupan sosial (muamalah), serta menunjukkan akhlak yang mulia satu sama lain. Hadith ini juga memotivasikan agar tidak menyusahkan ketika menagih hutang serta sentiasa memberi maaf kepada mereka.

Pengajaran Hadith

1.      Hendaklah beradab sopan ketika melakukan urusan jual beli
2.      Perlu bertolak ansur jika meminta hutang
3.      Perlu memahi situasi penghutang

Rujukan:
Ibnu Hajar al-Asqalani. 2002. Fathul Bari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari. Penterjemah: Gazirah Abdi Ummah. Cetakan Pertama. Jilid 12. Jakarta: Pustaka Azzam. Hlm 63-63.

Wednesday, 11 March 2015

Hadith Tentang Ekonomi - Halal & Haram serta Syubhat


Assalamualaikum wbt.
Bab Halal Itu Jelas Dan Haram Juga Jelas, Diantara Keduanya Ada Hal-Hal Yang Syubhat

صحيح البخاري - كِتَاب الْبُيُوعِ
بَاب الْحَلَالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشَبَّهَاتٌ
                                       
2051 حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ عَنْ ابْنِ عَوْنٍ عَنْ الشَّعْبِيِّ سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا ابْنُ عُيَيْنَةَ حَدَّثَنَا أَبُو فَرْوَةَ عَنْ الشَّعْبِيِّ قَالَ سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا ابْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ أَبِي فَرْوَةَ سَمِعْتُ الشَّعْبِيَّ سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَبِي فَرْوَةَ عَنْ الشَّعْبِيِّ عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ  قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْحَلَالُ  - ص 724 - بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَةٌ فَمَنْ تَرَكَ مَا شُبِّهَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ كَانَ لِمَا اسْتَبَانَ أَتْرَكَ وَمَنْ اجْتَرَأَ عَلَى مَا يَشُكُّ فِيهِ مِنْ الْإِثْمِ أَوْشَكَ أَنْ يُوَاقِعَ مَا اسْتَبَانَ وَالْمَعَاصِي حِمَى اللَّهِ مَنْ يَرْتَعْ حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ


Maksudnya: 
Muhammad bin al-Mutsana menyampaikan kepadaku dari Ibnu Abu Adi, dari Ibnu Aun, dari asy-Sya’bani yang berkata, aku mendengar an-Nu’man bin Basyir berkata aku mendengar Nabi s.a.w. dalam sanad lain disebutkan bahawa Ali bin Abdullah menyampaikan dari Ibnu Uyainah, dari Abu Farwah, dari asy-Sya’bi yang berkata aku mendengar dari an-Nu’man bin Basyir, dari Nabi s.a.w. dalam sanad lain disebutkan bahawa Abdullah bin Muhammad bin Katsir menyampaikan dari Sufian yang mengkhabarkan dari Abu Farwah, dari asy-Sya’bi, dari an-Nu’man bin Basyir bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Halal itu jelas dan haram juga jelas, diantara keduanya ada hal-hal yang syubhat. Jika seseorang mahu meninggalkan hal-hal yang syubhat yang boleh menjerumuskan kedalam dosa, maka dia pasti mahu meninggalkan hal-hal yang jelas keharamannya. Jika seseorang berani melakukan hal-hal syubhat yang boleh menjerumuskan kedalam dosa, maka ia akan mudah terjerumus kepada hal-hal yang jelas keharamannya. Kemaksiatan adalah larangan yang telah ditetapkan oleh Allah, sesiapa yang mendekati larangan tersebut, kemungkinan besar dia akan masuk ke dalam neraka”.

Keterangan Hadith

Disini dapat dibahagikan kepada tiga kategori:-
Pertama disebutkan dalam nas agar dilakukan dan mendapat ancaman jika meninggalkannya.
Kedua  disebutkan dalam nas agar ditinggalkan dan mendapat ancaman jika melakukannya.
Ketiga tidak ada keterangan dalam nas samada ditinggalkan atau dilakukan.

Kategori pertama adalah perkara halal yang telah jelas dan kategori kedua perkara yang haram yang telah jelas. Maksud “perkara yang halal telah jelas”  adalah tidak memerlukan penjelasan, dimana setiap orang telah mengetahuinya. Manakala kategori yang ketiga adalah perkara yang syubhat (samar) sehingga tidak tahu samada ia halal atau haram. Perkara yang sedemikian perlu dijauhi kerana telah jelas ia satu perkara yang haram. Orang yang menghindarinya terlepas dari dosa. Namun, jika jelas halal maka orang yang menjauhinya akan mendapat pahala.

Sebahagian ulama menyimpulkan tentang larangan untuk mengatakan halal atau haram dalam masalah yang tidak ada nasnya kerana hal itu termasuk perkara yang belum jelas. Akan tetapi sabda Nabi s.a.w “Ia tidak diketahui oleh kebanyakan manusia” menunjukkan bahawa sebahagian mereka telah mengetahuinya. 

Pengajaran Hadith  
Sesiapa yang menjauhi perkara yang syubhat dapat menyelamatkan agama dan kehormatannya.

Rujukan: 
Ibnu Hajar al-Asqalani. 2002. Fathul Bari Penjelasan Kitab Sahih al-Bukhari. Penterjemah: Gazirah Abdi Ummah. Cetakan Pertama. Jilid 12. Jakarta: Pustaka Azzam. Hlm 16-17.