Assalamualaikum wbt.
حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ حَدَّثَنَا حَمَّادُ
بْنُ زَيْدٍ عَنْ الْجَعْدِ أَبِي عُثْمَانَ حَدَّثَنِي أَبُو رَجَاءٍ
الْعُطَارِدِيُّ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ رَأَى مِنْ أَمِيرِهِ
شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلْيَصْبِرْ عَلَيْهِ فَإِنَّهُ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ
شِبْرًا فَمَاتَ إِلَّا مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً
Maksudnya :
Abu Nu’man telah menceritakan kepada kami, Hammad
bin Zaid telah menceritakan kepada kami daripada Alja’ bin Abi Uyhman, Abu
Raja’ al-‘Uthardi telah menceritakan kepada ku, dia berkata, aku mendengar Ibn
Abbas daripada Nabi s.a.w bersabda : Diriwayatkan dari Abdullah bin Abbas r.a
bahawa Nabi s.a.w pernah bersabda: “Sesiapa yang melihat sesuatu daripada
pemimpinnya yang tidak disukainya, hendaklah dia bersabar, kerana orang yang
memisahkan diri dengan pemimpinnya meskipun sejengkal, maka dia akan mati dalam
jahiliyah.”
Keterangan Hadis :
Ketaatan kepada pemimpin adalah salah satu
kewajipan dalam agama, bahkan agama tidak akan tegak tanpanya. Hal ini demikian
kerana suatu kemaslahatan umat tidak akan dicapai melainkan umat masyarakat
tersebut bersatu di bawah satu jemaah dan satu kepimpinan yang adil dan
saksama. Bukhari berkata : “Aku telah berjumpa dengan 1000 lebih para ulama di
Hijjaz, Mekah, Madinah, Kufah, Bashraah, Wasith, Baghdad, Syam dan Mesir. Aku
berjumpa dengan mereka berulang-ulang kali dari satu generasi ke generasi lain.
Aku tidak pernah melihat seorang pun daripada mereka yang berbeza pendapat
dalam sesuatu masalah.” Berdasarkan sabda Nabi s.a.w : “Ada 3 perkara di mana
hati seseorang muslim tidak akan dengki terhadapnya iaitu mengikhlaskan amalan
kerana Allah, mentaati perintah dan komitmen dengan al-jamaah kerana doa kepada
pemerintah akan berkaitan juga dengan rakyatnya.”
Selain itu, al-Imam Ibnu Hajar al-Asqalani berkata:
“Para ulama telah bersepakat atas kewajipan taat kepada pemimpin yang menang
(dalam merebut kekuasaan) dan wajib jihad bersamanya. Taat kepadanya lebih baik
daripada membangkang kepadanya kerana hal tersebut akan mencegah pertumpahan
darah dan menjamin kesejahteraan rakyat.”
Pengajaran Hadis :
1 ) Wajib ke atas masyarakat untuk mentaati
pemerintah yang melaksanakan syariat Islam dengan sebenar-benarnya.
2 ) Elakkan diri daripada terjerumus ke dalam
kancah perpecahan dan perselisihan.
Rujukan :
Ibnu Hajar al-Asqalani. 2009. Fathul Bari Penjelasan
Kitab Shahih Al-Bukhari. Perterjemah: Amiruddin. Cetakan 1. Jilid 35. Jakarta:
Pustaka Azzam. Bab 2. Hlm 9-23.
No comments:
Post a Comment