Wednesday, 29 April 2015

Hadith tentang Pertanian: Keutamaan Menabur Benih dan Menanam, Jika Hasilnya untuk Dimakan.

Assalamualaikum wbt.











(QS. Al-Waqiaah: 63-65)
صحيح البخاري - كِتَاب الْمُزَارَعَةِ - بَاب فَضْلِ الزَّرْعِ وَالْغَرْسِ إِذَا أُكِلَ مِنْهُ

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ ح وَحَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ الْمُبَارَكِ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا أَوْ يَزْرَعُ زَرْعًا فَيَأْكُلُ مِنْهُ طَيْرٌ أَوْ إِنْسَانٌ أَوْ بَهِيمَةٌ إِلَّا كَانَ لَهُ بِهِ صَدَقَةٌ وَقَالَ لَنَا مُسْلِمٌ حَدَّثَنَا أَبَانُ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ حَدَّثَنَا أَنَسٌ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Maksud: 2320. Qutaibah bin Sa’id menyampaikan kepada kami dari Abu Awanah, dalam sanad lain, Abdurrahman bin al-Mubarak menyampaikan dari Abu Awanah, dari Qatadah, dari Anas bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seorang Muslim yang menanam atau menabur benih, kemudian ada burung, orang atau haiwan yang memakan hasil tanamannya, maka dia akan mendapatkan pahala sedekah.”
Muslim berkata, “Aban menyampaikan kepada kami dari Qatadah, dari Anas, dari Nabi s.a.w.

Syarah Hadis – Syarah Fathul Baari ms210-215
Bab keutamaan bertani dan menanam tanaman apabila dimakan sebahagiannya dan firman Allah “Maka terangkanlah kepadaku tentang apa yang kamu tanam..”.
Ayat di atas menunjukkan bolehnya bertani. Hal ini kerana Allah menyebutkannya satu anugerah.
Ibnu Al-Manayyar berkata, “Imam Bukhari mengisyaratkan tentang bolehnya menanam tumbuhan. Walau bagaimanapun larangan tentangnya, seperti yang dinukil dari Umar, adalah khusus apabila pekerjaan itu telah menyibukkan orang dari berperang dan urusan yang harus dikerjakan.
Hadis ini menerangkan tentang keutamaan bercucuk tanam dan bekerjasama dalam bidang pertanian, serta anjuran untuk mengolah tanah. Dari sini disimpulkan tentang bolehnya memiliki tanah dan mengelolanya. Hadis ini juga menerangkan tentang kekeliruan perkataan sebahagian orang yang berperilaku zuhud, yang mengingkari pekerjaan tersebut. Terdapat juga riwayat-riwayat yang melarang bercucuk tanam difahami apabila hal itu dilakukan secara berlebihan sehingga dapat melalaikan urusan agama.
Al-Qurtubi berkata, hadis tentang larangan menjadikan ladang sehingga cinta akan dunia bermaksud berlebihan dan menyibukkan diri sehingga melalaikan urusan agama. Bagaimanapun, ianya juga dapat difahami bekerja di ladang hanya sekadar untuk menghidupkan diri atau memberi manfaat bagi kaum muslimin dan demi meraih pahalanya.
Pahala perbuatan itu berlangsung selama hasil tanaman yang ditanam itu masih dimakan, meskipun orang yang menanamnya telah meninggal dunia atau pemilikannya telah berpindah tangan kepada orang lain. Makna zahir hadis tersebut menyatakan bahawa pahala akan diperoleh oleh orang yang menanam, meskipun tanaman itu milik orang lain sebab Nabi s.a.w. bertanya kepada Ummu Mubasyir tentang siapa yang menanamnya.

Pengajaran Hadis.
1.      Menurut hadis di atas, ternyata Allah menganjurkan manusia untuk melakukan pertanian kerana dengan pertanian juga dapat menjana pahala sebagai bekalan di hari akhirat kelak.
2.      Setiap hasil tanaman yang dimakan oleh haiwan dikira sebagai sedekah sebagaimana juga hasil tanaman yang diberikan kepada orang lain tanpa meminta wang ringgit.
3.      Amalan sedekah hendaklah dilakukan tanpa berkira dengan harta yang dimilki kerana setiap harta yang dimiliki merupakan rezeki dari Allah dan sedekah juga akan menjadi amal jariah kepada manusia.

RUJUKAN
Al-Asqalani, Ibnu Hajar. 2006. Fathul Bari Penjelasan Kitab Sahih Al Bukhari.
            Penterjemah : Amiruddin. Cet. 1. Jil. 13. Hlm. 210 – 215.

No comments:

Post a Comment