Assalamualaikum wbt.
عن عبد الله بن العلاء بن زبر قال : سمعت بسر بن عبيد
الله أنه سمع أبا إدريس قال : سمعت عوف بن مالك قال : أتيت النبي صلى الله عليه
وسلم في غزوة تبوك – وهو في قبة من أدم – فقال : اعدد ستا بين يدي الساعة : موتي،
ثم فتح بيت المقدس، ثم موتان يأخذ فيكم كقعاص الغنم، ثم استفاضة المال حتى يعطى
الرجل مائة دينار فيظل ساخطا، ثم فتنة لا يبقى بيت من العرب إلا دخلته، ثم هدنة
تكون بينكم و بين بني الأصفر فيغدرون، فيأتونكم تحت ثمانين غاية تحت كل غاية اثنا
عشر ألفا.
Maksudnya :
Dari Abdullah bin al-Ala’ bin Zubir telah
menceritakan kepada kami, dia berkata, aku mendengar Busr bin Ubaidillah bahawa
dia mendengar Abu Idris berkata, aku mendengar Auf bin Malik berkata: Aku
berjumpa Nabi s.a.w dalam perang Tabuk dan Rasul s.a.w berada di dalam khemah
daripada kulit binatang. Nabi s.a.w bersabda: Kiralah enam perkara sebelum
kiamat. 1. Kematianku 2. Pembukaan Bait al-Maqdis 3. Kematian yang besar yang
akan mengambil kamu sama seperti penyakit ulat pada kambing ( iaitu taun yang
berlaku kepada penduduk Syam) 4. Harta melimpah sehingga lelaki diberi seratus
dinar namun dia tetap marah 5. Fitnah yang akan kena semua rumah orang Arab 6.
Perdamaian antara kamu dengan orang-orang Rom lalu mereka akan memungkiri janji
dan mereka akan datang dengan 80 bendera dan setiap satu bendera ada 12 ribu
bala tentera.
(Sahih Bukhari. Kitab Jizyah. Bab Pengkhianatan
Yang Harus Diwaspadai. No Hadith 2940)
Keterangan Hadis :
ستا ( Enam ):
Maksudnya, enam tanda-tanda akan terjadinya Kiamat,
atau tampak tanda-tanda yang mendekati terjadinya Kiamat.
ثم موتان ( Kemudian kematian ):
Al-Qazzaz berkata, “ Kata ‘mutaan’ bermakna
kematian”. Sementara ulama lain selain daripadanya berkata, “Maknanya adalah
kematian yang sangat banyak”.
Dalam riwayat Ibnu as-Sakan disebutkan “mautataan”
(dua kematian), iaitu dalam bentuk tatsniyah (ganda). Dengan demikian, harus
dibaca fathah pada huruf pertama.
كعقاص الغنم ( Sama seperti penyakit kambing ):
Uqash adalah penyakit yang menimpa haiwan ternakan
di mana air keluar dari hidungnya dan mengakibatkan kematian mendadak. Abu
Ubaid berkata, “dari sini diambil kata iq’ash, iaitu kematian”. Ibnu Faris
berkata, “Uqash adalah penyakit yang menimpa di bahagian dada seakan-akan
mematahkan leher”. Dikatakan bahawa tanda kiamat ini telah nampak saat menyebar
wabak ta’un amwas di masa pemerintahan umar, dan hal itu terjadi setelah
pembebasan Baitul Maqdis.
ثم استفاضة المال (
Kemudian harta melimpah)
Tanda kiamat ini nampak pada masa pemerintahan
Uthman bin Affan ketika
terjadi pembebasan secara besar-besaran, dan fitnah yang disenyalir dimulai
dengan terbunuhnya Uthman. Setelah itu bencana dan fitnah terjadi. Sedangkan
tanda Kiamat keenam yang disebutkan pada hadith ini belum pernah berlaku.
هدنة ( Perdamaian ):
Maksudnya, mengikat perjanjian untuk tidak
melakukan peperangan setelah terjadi gerakan peperangan. Adapun yang
dimaksudkan dengan bani Ashfar adalah bangsa Romawi.
غاية ( Ghaayah ):
Iaitu, panji. Panji dinamakan ghaayah (tujuan),
kerana ia adalah sesuatu yang diikuti, jika berhenti maka pasukan pun akan
berhenti. Ibnu Al Jauzi
berkata, “Sebahagian periwayat menukil dengan lafaz ‘ghaabah’, dan ghaabah
adalah belukar, seakan-akan dia menyamakan antara banyaknya tombak seperti
belukar. Al Khathhabi berkata, “Ghaabah adalah ghaidhah.” Kata ini digunakan
untuk mengungkapkan bendera-bendera yang diangkat untuk para pemimpin pasukan
dengan tombak yang dipegang.
Al Muhallab berkata, “Hadis ini memberi penjelasan
bahawa pengkhianatan termasuk tanda-tanda Kiamat.” Di dalamnya terdapat
sejumlah perkara yang merupakan tanda-tanda kenabian dan sebahagian besarnya
telah terjadi.
Pengajaran Hadis :
1. Umat
Islam diingatkan supaya meneliti segala tanda kiamat yang telah disabdakan oleh Baginda Nabi s.a.w.
2. Manusia
mesti sentiasa bersedia dan berwaspada dengan segala tanda yang disebutkan oleh
Rasulullah s.a.w.
Rujukan :
Ibnu Hajar Al Asqalani. 2006. Fathul Bari Penjelasan Kitab Sahih Al
Bukhari.
Penterjemah : Amiruddin. Cet. 1. Jil. 16. Hlm. 870-875.
No comments:
Post a Comment