صحيح
البخاري - كِتَاب الشُّرْبِ والْمُسَاقَاةِ - بَاب فَضْلِ سَقْيِ الْمَاءِ
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ سُمَيٍّ
عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَا رَجُلٌ يَمْشِي
فَاشْتَدَّ عَلَيْهِ الْعَطَشُ فَنَزَلَ بِئْرًا فَشَرِبَ مِنْهَا ثُمَّ خَرَجَ
فَإِذَا هُوَ بِكَلْبٍ يَلْهَثُ يَأْكُلُ الثَّرَى مِنْ الْعَطَشِ فَقَالَ لَقَدْ
بَلَغَ هَذَا مِثْلُ الَّذِي بَلَغَ بِي فَمَلَأَ خُفَّهُ ثُمَّ أَمْسَكَهُ
بِفِيهِ ثُمَّ رَقِيَ فَسَقَى الْكَلْبَ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَغَفَرَ لَهُ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَإِنَّ لَنَا فِي الْبَهَائِمِ أَجْرًا قَالَ فِي
كُلِّ كَبِدٍ رَطْبَةٍ أَجْرٌ تَابَعَهُ حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ وَالرَّبِيعُ بْنُ
مُسْلِمٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ زِيَاد
Maksud: Abdullah binYusuf menyampaikan kepada kami dari
Malik yang mengkhabarkan dari Sumay, dari Abu Soleh, dari Abu Hurairah bahawa
Rasulullah s.a.w. bersabda, “Ada seorang lelaki sedang berjalan, kemudian dia
merasa sangat kehausan. Lelaki itu pun turun ke dalam sumur dan meminum airnya.
Ketika keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulur-julurkan lidahnya
dan memakan debu kerana sangat kehausan. Dia berkata, ‘Anjing ini merasa sangat
kehausan sebagaimana yang aku rasakan.’ (Lalu dia turun ke dalam sumur),
kemudian memenuhi kasutnya dengan air. Sambil menggigit kasutnya, dia memanjat
naik, kemudian memberi minum anjing tersebut. Allah berterima kasih atas
perbuatannya dan mengampuni dosa-dosanya.” Orang-orang bertanya, “Wahai
Rasulullah! Adakah pahala bagi kami, jika kami menolong binatang?” Nabi s.a.w.
menjawab, “Ya, menolong setiap makhluk yang bernyawa itu berpahala.”
Hammad bin Salamah dan ar-Ruba’i bin Muslaim meriwayatkan
hadis yang sama dari Muhammad bin Ziyad.
Syarah Hadis – Syarah Fathul Baari ms 324-329
Keutamaan memberi air minum iaitu kepada setiap yang
memerlukannya.
Al-Qurtubi berkata, “Maksud ‘Allah bersyukur kepadanya’, iaitu Dia
memperlihatkan ganjaran yang diberikan-Nya di hadapan para malaikat.
Ad-Dawudi berkata, “Maksudnya pada setiap hati yang hidup
(bernyawa) terdapat pahala, dan ini bersifat umum mencakupi seluruh haiwan.”
Menurut An-Nawawi, “Sesungguhnya umum hadis tersebut
dibatasi pada haiwan yang tidak diperintahkan untuk dibunuh. Jenis haiwan
inilah yang mendapat pahala kerana memberinya minum. Dalam hai ini termasuk
memberi makan dan hak-hal lain yang termasuk dalam kategori berbuat baik kepada
haiwan.”
Ibnu At-Tin berkata,
“Tidak ada larangan untuk memahami hadis terebut sesuai dengan
keumummannya, iaitu diberi minum lalu dibunuh kerana kita diperintah untuk
membunuh dengan cara yang baik.”
Hadis ini dijadikan dalil bahawa air sisa minum anjing
adalah suci.bagaimanapun perbahasan selanjutnya menganai perkara ini pada
perbahasan tentang taharah.
Pengajaran Hadis.
1. Bolehnya melakukan
perjalanan jauh sendirian tanpa membawa bekal. Dalam syariat kita, hal ini
berlaku apabila tidak dikhuawatirkan akan ada bahaya yang mengancam.
2. Anjuran untuk
berbuat baik kepada manusia kerana apabila ampunan diperoleh dengan sebab
memberi minum anjing maka pahala memberi minum seorang Muslim adalah lebih
besar ganjarannya.
3. Hadis ini menjadi
dalil tentang bolehnya bersedekah sunah kepada orang-orang musyrik. Namun hal
itu didahulukan kepada orang muslim kerana orang muslim lebih berhak untuk menerima
kebaikan. Demikian pula diharuskan memilih antara berbuat baik kepada haiwan
atau manusia yang memiliki kehormatan dan keperluan, maka yang lebih berhak
didahulukan ialah manusia.
RUJUKAN
Al-Asqalani, Ibnu Hajar. 2006.
Fathul Bari Penjelasan Kitab Sahih Al Bukhari.
Penterjemah : Amiruddin. Cet. 1. Jil. 13. Hlm. 324-329.
No comments:
Post a Comment