Wednesday, 18 March 2015

Hadith tentang Kepimpinan: Setiap orang adalah Pemimpin



Assalamualaikum wbt.


 7138حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ: حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا:  أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: ((أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، فَالْإِمَامُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى أَهْلِ بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ، وَعَبْدُ الرَّجُلِ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ أَلَا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ)).

)صحيح البخاري ، كِتَاب الْأَحْكَامِ ، باب من أطاعني فقد أطاع الله(
الراوي : عبدالله بن عمر المحدث : البخاري
المصدر : صحيح البخاري الصفحة أو الرقم: /71382554 خلاصة حكم المحدث : صحيح

Maksud: Ismail menyampaikan kepada kami dari Malik, dari Abdullah bin Dinar, dari Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Ingatlah! Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepemimpinannya. Seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan bertanggungjawab atas kepemimpinannya. Seorang wanita adalah pemimpin bagi anak dan orang-orang di dalam rumah suaminya serta bertanggungjawab atas kepemimpinannya. Seorang pembantu adalah pemimpin atas harta majikannya dan bertanggungjawab atas kepemimpinannya. Ingatlah! Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepimpinannya.”

Syarah Hadith
            Al-Khaththabi berkata, “Mereka bersekutu – iaitu pemimpin dan seorang lelaki serta semua yang disebutkan dalam hadith – dalam sifat pemimpin namun dengan makna yang berbeza-beza. Kepimpinan penguasa tertinggi adalah menjaga syariat dengan menegakkan hukum serta berlaku adil dalam menetapkan hukum. Kepemimpinan seorang lelaki terhadap keluarganya adalah cara mengurusi mereka dan memberikan hak-hak mereka. Kepemimpinan seorang perempuan adalah mengatur urusan rumah, anak-anak, pembantu, dan memberi nasihat serta masukan kepada suami dalam semua itu. Sedangkan kepemimpinan pembantu adalah memelihara apa yang ada dalam tanggungjawabnya serta melakukan apa-apa yang dapat mendatangkan kebaikan kepadanya.

            أَلَا فَكُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ (Ketahuilah, kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan dipertanggungjawabkan tentang apa yang dipimpinnya). Dalam riwayat Ayyub pada pembahasan tentang nikah disebutkan redaksi yang sama. Sementara pada pembahasan tentang solat Jumaat disebutkan, وَكُلُّكُمْ (Dan setiap kalian), lalu pada pembahasan tentang hutang piutang disebutkan, فَكُلُّكُمْ (Maka setiap kalian). Redaksi yang sama pula disebutkan dalam riwayat Nafi’.

            At-Thaibi berkata, “Dalam hadith ini disebutkan bahawa pemimpin (penjaga) tidak dituntut kerana zatnya. Bahkan ia diadakan untuk memelihara apa yang diamanahkan kepadanya oleh pemilik. Oleh kerana itu, dia tidak patut menggunakannya kecuali jika diizinkan oleh pembawa syariat.”

            Dia berkata, “Huruf fa’ pada lafaz, الاَ فَكُلُّكُم (Ketahuilah maka kamu semua) berkedudukan sebagai pelengkap bagi kata bersyarat. Kemudian penyebutan ‘pelayan’ merupakan kesempurnaan dari perincian yang dimaksudkan.”

            Ulama lain berkata, “Masuk pula dalam skop umum ini orang yang hidup sendirian tanpa isteri (atau suami), pembantu, dan tidak pula anak, kerana dia tetap menjadi pemimpin atas anggota badannya agar melakukan perkara-perkara yang diperintahkan dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang, baik ianya perbuatan, perkataan mahupun keyakinan. Anggota badan, kekuatan dan deria adalah perkara-perkara yang dipimpinnya. Kedudukan seseorang sebagai pemimpin tidaklah menafikan keberadaannya sebagai yang dipimpin ditinjau dari sisi lain.”

            Dalam hadith Anas disebutkan redaksi yang sama seperti hadith Ibnu Umar disertai tambahan pada bahagian akhirnya, للمسألة جوابا، قالوا: وما جوابها؟ قال: أعمال البر فأعدوا (Siapkanlah jawapan untuk pertanyaan. Mereka berkata, “Apakah jawapannya?” Baginda bersabda, “Amalan-amalan kebaikan”). Hadith ini diriwayatkan Ibnu Adi dan At-Thabarani dalam kitab Al-Ausath melalui sanad yang hasan. Dia mengutip pula dari hadith Abu Hurairah dengan redaksi, ما من راع إلا يسأل يوم القيامة أقام أمر الله أم أضاعه (Tidak ada seorang pemimpin melainkan akan ditanya pada Hari Kiamat, adakah dia menjalankan apa yang diperintahkan Allah atau mensia-siakannya). Selain itu, Ibnu Adi menyebutkan dengan sanad yang sahih dari Anas dengan redaksi , إن الله سائل كل راع عما استرعاه حفظ ذلك أو ضيعه (Sesungguhnya Allah akan bertanya setiap pemimpin atas apa yang dipimpinnya, adakah dia memelihara perkara itu atau mensia-siakannya) (Ibnu Hajar al-Asqalani. 2002: 390-392).

Pengajaran Hadith

1.      Mukallaf diberi sekatan kerana tidak cekap atau tidak mampu untuk mengurus orang ramai yang ada dalam kekuasaannya. Imam Bukhari menyebutkan hadith ini pada pembahasan tentang nikah dalam bab “Jagalah Dirimu dan Keluargamu dari Api Neraka.”
2.      Seorang budak (pembantu) berhak menggunakan harta majikannya atas izin majikannya. Begitu juga dengan keadaan perempuan (isteri) dan anak. Hadith ini disebutkan pula pada bab tentang “Tidak Disukainya Bertindak Semena-mena terhadap Budak” (Ibnu Hajar al-Asqalani. 2002: 392-393).
3.      Hadith di atas berbicara tentang etika kepemimpinan dalam islam. Dalam hadith ini dijelaskan bahwa etika paling utama dalam kepemimpinan adalah tanggungjawab.
4.      Semua orang yang hidup di muka bumi ini disebut sebagai pemimpin. Kerana, sebagai pemimpin, mereka semua memikul tanggungjawab, sekurang-kurangnya terhadap dirinya sendiri.
5.      Tanggungjawab di sini adalah keupayaan seorang pemimpin untuk mewujudkan kesejahteraan bagi pihak yang dipimpin.

Rujukan.
Ibnu Hajar al-Asqalani. Gazirah Abdi Ummah. 2002. Fathul Bari Penjelasan Kitab: Shahih          al-Bukhari. Terj. Amiruddin. Jil. 35. Jakarta : Pustaka Azzam.

No comments:

Post a Comment